KEMPEN INTERNET SELAMAT
Kempen Internet Selamat (KIS) adalah program anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Kementerian Komunikasi yang bertujuan meningkatkan kesedaran dan literasi digital di kalangan rakyat Malaysia mengenai keselamatan siber. Kempen ini menumpukan kepada isu-isu seperti penipuan dalam talian, buli siber, perjudian digital, dan eksploitasi kanak-kanak, serta menekankan penggunaan internet yang bijak, beretika, dan bertanggungjawab. Sasaran utama termasuk pelajar sekolah dan komuniti setempat, dengan modul khusus yang diajar untuk kumpulan umur yang berbeza.
Kempen Internet Selamat (KIS) ini telah dilaksanakan bersama Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) seluruh di Malaysia.



