mcmc
Maklumat Pi1M

Maklumat Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI)

PENGURUS AFIDA

SELAMAT DATANG KE PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL WAKAF AIK (NADI)

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) merupakan sebuah projek kerajaan dengan inisiatif Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad. Projek ini dilaksanakan di bawah Program Pemberian Sejagat (PPS) dengan matlamat untuk merapatkan jurang digital di kalangan masyarakat luar bandar dengan masyarakat bandar.

Objektif penubuhan NADI ini adalah untuk menyediakan perkhidmatan berkaitan dengan ICT terutamanya perkhidmatan internet di kawasan luar bandar di mana capaian internet agak terhad. Selain itu, NADI juga dilaksanakan sebagai suatu Pusat Komuniti Berpengetahuan (Knowledge Community Centre) dengan menyediakan kelas dan latihan ICT kepada komuniti sekitar.                                                                               

NADI Wakaf Aik mula beroperasi pada 23 April tahun 2013, NADI Wakaf Aik diurus oleh 2 orang Pengurus (Pengurus dan Penolong Pengurus)  yang sedia memberikan tunjuk ajar mengenai kemahiran komputer.selain daripada iaitu pusat internet juga beroperasi sebagai rujukan komuniti mengenai isu semasa dan hal-hal dalam negara.di PEDi juga disediakan Wifi Komuniti (WK) untuk pengguna yang sedia bawa Laptop/Netbook/Tablet.disini juga mengalakan ahli dan usahawan melakukan perniagaan online bagi melebarkan lagi perniagaannya. dengan menggunakan platform perniagaan terkini.

 

KENALI PETUGAS NADI WAKAF AIK

PENGURUS

NURUL AFIDA BINTI SAID

PEN PENG MUIZ 

PENOLONG PENGURUS 

AMIN MUIZ BIN HUSAIN 

 

PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL SEBAGAI EJEN BERDAFTAR :

Ejen eRezeki – salah satu inisiatif digital yang menghubungkan golongan berpendapatan rendah dengan saluran pendapatan secara digital dimana individu itu akan buat kerja secara digital (PC dan Phone). seperti melakukan kerja untuk mendapat pendapatan melalui online.

Ejen BSN – membantu komuniti setempat untuk berurusan dengan pihak bank seperti Pembayaran Pinjaman,Bil-Bil, dan Transaksi Bank.

Ejen SPX Express Service Point – SPX Express Point dan Agen SPX Express adalah jasa kirim SPX Express dengan tipe layanan Ambil di Tempat

OBJEKTIF PENUBUHAN :     

– Memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan.

– Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet.

– Meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI).

– Merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.

– Meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan.

 

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN :    

NADI Wakaf Aik menawarkan latihan ICT secara percuma kepada semua pengguna yang telah mendaftar sebagai ahli. Antara latihan yang disediakan ialah :

– Pengenalan asas komputer-Kelas asas ICT Percuma (Ahli NADI)

– Asas internet

– Aplikasi elektronik (e-kerajaan, e-pembelajaran, e-dagang)

– Desktop publishing seperti Microsoft Office (atas permintaan)

Latihan keusahawanan

Pembayaran Bil Elelktrik, Air dan Prabayar Telefon

 

JUMLAH KEAHLIAN :    

NADI Wakaf Aik membuka keahlian kepada orang ramai sejak mula beroperasi pada tahun 2013. Ramai telah mendaftar diri dengan NADI Wakaf Aik bagi mendapat perkhidmatan yang telah kami sedia. Jumlah ahli terkumpul sehingga kini adalah

 

AHLI BERDAFTAR 5513
AHLI 1158
AHLI AKTIF 2023 1875

 

AHLI  BARU TAHUN 2022 68
AHLI BARU TAHUN 2023 24
AHLI DILATIH 5211