mcmc
Maklumat Setempat

PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO DAN TAGLINE KEMPEN KESEDARAN COVID-19

pertandinganciptalogodantagline

*ANDA INGIN PELUANG MEMENANGI WANG TUNAI RM5,000?*

Jom sertai Pertandingan Logo dan Tagline Kempen Kesedaran COVID-19 anjuran Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) yang dibuka sekarang hingga *10 Julai 2020.*

1. Penyertaan adalah percuma

2. Terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia yang berumur *15 tahun ke atas* kecuali keluarga dan ahli jawatankuasa penjurian pertandingan.

3. Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan. Walau bagaimanapun, hanya satu logo dan tagline sahaja akan dipilih sebagai pemenang.

4. Semua ciptaan mestilah asli dan tidak diceduk/ditiru/diciplak dari mana-mana logo dan tagline tempatan mahupun dari luar negara.

5. Semua logo dan tagline yang diterima oleh urus setia pertandingan akan menjadi hak milik KKMM dan tidak akan dikembalikan.

6. KKMM adalah berhak ke atas logo dan tagline yang terpilih sama ada untuk dipinda atau diubahsuai bagi maksud untuk digunakan atau dipamerkan ataupun dicetak dalam mana-mana acara atau majlis rasmi.

7. Logo dan tagline mestilah baharu dan asli serta tidak mengandungi unsur atau elemen yang boleh dianggap sensitif dan boleh menyinggung mana-mana pihak.

8.Penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat sebarang tuntutan daripada pihak ketiga.

9. Penyertaan akan terbatal sekiranya didapati hasil karya yang dikemukakan tidak asli/ciplak.

10. Reka bentuk hendaklah dihasilkan di dalam lingkungan petak bersaiz A4 (ukuran 21cm x 29.7cm) berwarna putih dalam komputer grafik dalam bentuk softcopy menggunakan format PDF atau JPEG dengan resolusi minimum 1280 x 960 atau menggunakan perisian yang bersesuaian.

11. Pereka hendaklah memberi rasional ke atas reka bentuk logo dan simbol serta warna yang digunakan.

12. Reka cipta logo adalah bebas dan pilihan warna adalah tidak terhad.

13. Konsep Kempen Kesedaran COVID-19 hendaklah menarik, jelas, mudah dan kemas.

14. Ciptaan tagline tidak melebihi 20 huruf dan dalam Bahasa Malaysia sahaja.
.
*BOLEH SUBMIT KE PI WAKAF AIR YERR*