Kerjasama antara Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Kebangsaan Bagi Orang Kurang Upaya mengajak orang ramai untuk menyertai :-
PERTANDINGAN VIDEO PENDEK mengenai Amalan Cara Hidup Sihat Dalam Kalangan Orang Kurang Upaya (OKU) di peringkat Kebangsaan 2018. Tema video adalah JOM AMALKAN CARA HIDUP SIHAT!
Mesej video berdasarkan 5 skop amalan cara hidup sihat.
- 1) Aktiviti Fizikal
- 2) Makan secara sihat
- 3) Tidak merokok
- 4) Bijak menangani stress
- 5) Sihat tanpa alcohol
Sila hantarkan penyertaan lengkap ke emel videoSIHATOKU2018@gmail.com sebelum atau pada 1 September 2018.
