mcmc
Kisah Kejayaan

Q2 2025 CELIK IT – ROSMAFIZZA BINTI CHE DIR

Celik IT – Ahli yang Aktif

 Nama : Rosmafizza Binti Che Dir
 Umur : 39 Tahun
 Ahli : 2023

Latar Belakang

Mempunyai 3 orang anak dan beliau merupakan suri rumah sepenuh masa, Belajar ICT untuk persediaan kepada diri sendiri (mencari pekerjaan dan mengajar anak-anak belajar Celik IT bersama)

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan NADI

Beliau tidak mempunyai asas computer untuk urusan berkaitan online, beliau banyak meminta bantuan petugas NADI seperti permohonan online, menaip surat anak tidak hadir sekolah dan lain-lain

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan NADI

Beliau dapat hasilkan resume sendiri dengan tunjuk ajar daripada petugas.Beliau juga dapat sertai program yang dianjurkan oleh NADI seperti Hari Komuniti, pertandingan dan pelbagai aktiviti lagi,Selain itu juga, beliau cuba untuk sertai dropship atau jualan online bagi menjana pendapatan sampingan sebelum mendapat kerja tetap.