Pembekal Anak Pokok dan Produk Asas Pertanian
Nama : Mohamad Shahrizan Bin Hamzah Umur : 38 Tahun Ahli : 2013 |
Latar Belakang
Asalnya beliau sudah lama dalam perniagaan tetapi secara offline sahaja. Beliau mula berjinak dalam perniagaan ini secara online mulai puasa tahun 2019. Lebih-lebih lagi menggunakan web Lazada dan Shopee lebih memudahkan kerja beliau sebagai pembekal produk pertanian ini.Beliau seorang yang agak aktif menyertai apa-apa program di sekitar Bachok terutamanya Wakaf Aik.
Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI
Beliau hanya sebagai seorang pelawat lalu sini dan serta merta mendaftarkan diri sebagai ahli Pusat Internet Wakaf Aik serta ahli keluarganya.
Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI
Beliau agak aktif datang ke Pusat Internet Wakaf Aik untuk menggunakan kemudahan yang disediakan. Terutamanya penggunaan komputer dan printer untuk mencetak apa-apa dokumen berkaitan perniaagan beliau.