mcmc
Maklumat Setempat

Sejarah Pusat Internet 1Malaysia Kg Wakaf Aik

Pusat Internet 1Malaysia Kampung Wakaf Aik mula beroperasi secara rasminya di Kampung Wakaf Aik pada 23 April 2013. Kampung Wakaf Aik memang dikenali dengan perkampungan nelayan. Permulaan yang agak mencabar bilamana ramai di antara anak-anak sekitar Kampung Wakaf AIk tidak tahu menggunakan komputer walaupun mereka menunjukkan minat yang tinggi dengan mendaftar sebagai ahli. Menggalas tanggungjawab sebagai pendidik bagi mendidik mereka mengenali komputer dan menggunakan komputer serta internet dengan betul adalah sangat mencabar memandangkan mereka masih belum mahir. Tidak mengambil masa yang agak lama, anak-anak mudah dan bijak belajar melalui kelas-kelas asas yang telah dianjurkan bersama-sama. Mereka kini mahir menggunakan komputer dan internet dan tidak perlu lagi pengawasan dari petugas.

Dia antara aktiviti dan program yang telah kami jalankan iaitu; Intel Learn Program, latihan 1Malaysia, Kempen Pengguna Bijak Dan Bengkel E-Learning, Klik Dengan Bijak (KDB), Get Malaysian Business Online (GMBO) dan pelbagai kelas-kelas khas yang dijalankan setiap bulan. Adakalanya kami bekerjasama dengan badan kerajaan ataupun swasta seperti Pejabat Penerangan Daerah Bachok, Sekolah – sekolah dearah Bachok dan persatuan-persatuan tempatan dalam menjayakann program-program dan kelas. Program turut dilakukan di lokasi luar dari Pusat Internet 1Malaysia demi memberikan pengetahuan dan menyampaikan maklumat kepada warga komuniti tempatan.

Semoga usaha kami menjayakan aktiviti dan program di Pusat Internet 1Malaysia di Kampung Wakaf Aik ini dapat memberikan manfaat kepada semua. Kami amat berharap agar kemudahan yang disediakan oleh pihak SKMM dan TM ini dapat dinikmati oleh semua warga tempatan.