mcmc
Maklumat Komuniti

SUKAN RAKYAT KG WAKAF AIK

Sukan di Malaysiaadalah salah satu kegiatan yang telah merapatkan tali silaturahim antara rakyat berbilang kaum. Sukan yang terdiri daripada pelbagai jenis seperti sukan air, sukan balapan, sukan padang, sukan tradisional dan seumpamanya ini dilakukan oleh rakyat pelbagai lapisan umur. Sehingga kini, sukan di Malaysia telah menjadi suatu aktiviti utama di sekolah-sekolah rendah dan menengah mahupun universiti-universiti tempatan di mana mereka sering melakukan aktiviti sukan tahunan atau sukan antara universiti atau antara kolej semata-mata untuk menerapkan semangat kerjasama, setia kawan, semangat untuk memenangi sesuatu pertandingan selain untuk berkenalan sesama sendiri dan justeru merapatkan hubungan antara satu sama lain.

Kebanyakan bangsa di Malaysia mempunyai sukan tradisional mereka sendiri, dimana ia telah diwarisi dari generasi ke generasi. Sukan-sukan tradisional ini sesetengahnya melambangkan ciri-ciri kesenian yang terdapat di dalam sesetangah bangsa atau kaum tersebut.

Pada 19/09/2015 Kampung Wakaf Aik telah menganjuRkan Program Sukan Rakyat bagi merapatkan tali silaturahim antara rakyat berbilang kaum. Program ini di hadiri seluruh penduduk kampung Wakaf Aik dan penduduk sekitar turut meriahkan Program ini. Antara aktiviti –aktiviti yang di anjurkan adalah seperti berikut.

  • MEWARNA
  • LUMBA PERAHU
  • MEMANCING
  • SEPAK BOLA KE DALAM GOOL KECIL
  • SEPAK TAKROL BULATAN (LIKUNG)
  • ISI AIR DALAM BOTOL
  • TIUP BELON SAMPAI PECAH
  • BEREBUT KERUSI
  • GUBAHAN KAIN TUALA
  • BABY CANTIK
  • TARIK TALI
  • CABUTAN BERTUAH
  • TAZKIRAH